Kapal layar RM200 juta menelusuri Sungai Perlis

oleh SALINA JALIL|
gambar dari penduduk Kuala Perlis
Nelayan dan penduduk yang berada di sekitar Kuala Perlis terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang menelusuri muara Sungai Perlis pada Sabtu.


Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (Pelaris) Jasni Hashim berkata, walau bagaimanapun kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira jam 12 tengah hari itu tidak mengganggu aktiviti nelayan yang berada di sepanjang muara sungai berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, muara sungai itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun kehadiran kapal layar mewah yang difahamkan bernilai sekitar AS$45 juta (RM200,014,605) adalah pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat.

 

"Kehadiran kapal mewah itu seperti bentuk sebuah kapal angkasa memang mengejutkan penduduk dan nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut. Difahamkan kapal ini datang dari luar negara dan kita tidak pasti dari negara mana.

 

"Kapal layar ini bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut," katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

 

Jasni berkata, kapal yang mempunyai dua lunjuran besar di sebelah kiri dan kanannya itu juga difahamkan sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk melalui muara sungai itu sebelum berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd di Kampung Tengah, Kuala Perlis.

 

Menurutnya, tiada aduan yang diterima oleh mereka oleh nelayan berhubung gangguan lalu lintas disebabkan oleh kehadiran kapal layar mewah itu.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kapal…
Berita Global
Ini merupakan kapal layar mewah yang paling menawan datangnya dari Lamborghini, atau lebih tepat…
Berita Global
Rolls-Royce Boat Tail diambil namanya daripada model yang pernah wujud pada era lewat 20-an dan…