Kapal layar mewah Tecnomar for Lamborghini 63, dua enjin V12, 3945 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menunjuk-nunjuk dan mendabik dada di media sosial ala golongan kayangan, anda tidak perlu untuk mendapatkan sebuah supercar Lamborghini sebagaimana kebiasaan golongan peserta MLM, sebaliknya anda memerlukan sebuah kapal layar!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan kapal layar mewah yang paling menawan datangnya dari Lamborghini, atau lebih tepat lagi Tecnomar for Lamborghini 63 yang diinspirasikan daripada Sian FKP 37.

 

 


Bahagian luaran kapal layar mewah ini menampilkan bentuk yang bersegi pada sesetengah bahagian, diikuti dengan penampilan lampu penanda (bow light) berbentuk Y yang memberikan penghormatan buat konsep Terzo Millennio.

Rekaan bumbung pula diinspirasikan daripada model-model roadster Lamborghini yang aerodinamik dan menawarkan perlindungan daripada cahaya matahari dan angin.

 

 


Sementara ruang dalaman kapal layar ini pula sememangnya membawakan inspirasi elemen automotif Lamborghini, seperti papan pemuka dengan dua skrin digital, kemasan gentian karbon, roda stereng, tempat duduk kapten daripada gentian karbon, dan butang pandu mula daripada kereta sports Lamborghini.

Pihak pembina juga turut menyediakan sehingga dua bilik tidur dengan upholsteri bertemakan model-model Lamborghini, sistem hiburan serta kemudahan bilik air yang minimalis.

 


Menerusi program Ad Personam, anda sebenarnya boleh menentukan pilihan upholsteri dan warna yang bersesuaian untuk kapal layar milik anda.

Tecnomar for Lamborghini 63 ini menampilkan dua unit enjin V12 dengan output gandingan sehingga 3,945 kuasa kuda dan membolehkan ia bergerak selaju 60 knots (111 km/j), dengan jarak pergerakan sejauh 389 km pada kelajuan optimum 40 knots (75 km/j).

 


Unit yang kami paparkan dalam artikel ini merupakan unit pertama yang sudah pun dihantar kepada pemilik pertama program Tecnomar for Lamborghini 63 ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kapal…
Berita Domestik
  Menurutnya, muara sungai itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun…
Berita Global
Rolls-Royce Boat Tail diambil namanya daripada model yang pernah wujud pada era lewat 20-an dan…