Kapal kereta kebal Antasena buatan Indonesia akhirnya mula diuji

oleh HEZERI SAMSURI|
Bayangkan sebuah kapal dengan meriam yang diletakkan seperti sebuah kereta kebal.

Itulah konsep Antasena, sebuah kapal tank atau "tank boat" pertama di dunia dan sedang diuji oleh syarikat PT Pindad (Persero) untuk kegunaan tentera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Projek yang sudah tertunda selama dua tahun ini akhirnya siap dan sudah mula diuji di kawasan perairan Banyuwangi Jawa Timur bagi memeriksa fungsi kapal istimewa tersebut.

Kapal yang dibina di atas platform jenis catamaran (double hull) dan menggunakan dua enjin diesel MAN dengan kuasa maksimum 1,200 hp setiap satu.

 

 

Oleh kerana ia menggunakan badan Catamaran, ia mempunyai sirip yang akan "menaikkan" badan kapal catamaran ini pada kelajuan tinggi, lantas mengurangkan faktor geseran dan memberikan ia kelajuan maksimum 40 knot sejam.

Antasena ini juga mempunyai jarak perjalanan sejauh 600 batu nautika (lebih kurang 1,111 km) dengan satu tangki bahan api.

Kapasiti maksimum penumpang ialah 60 anggota keselamatan dengan lima orang anak kapal.

Meriam kubah dengan kaliber 30 mm jenis Cockerill (boleh ditukar kepada kaliber 105 mm) dipasang di atas seperti sebuah kereta kebal menjadi senjata utama, dan dibantu dengan sepasang mesingan kawalan jauh dengan kaliber sebesar 7.62 mm.

Selain dari itu, meriam itu mampu bergerak setinggi 42-darjah, memberikan ia kebolehan untuk menembak seperti sebuah mortar atau howitzer ke arah lawan yang berlindung di sebalik halangan (seperti meriam katak).

 

 

Kapal tank ini juga boleh menembak peluru berpandu Falarick untuk menembak kereta kebal dengan peratusan tinggi untuk mengenai sasaran sejauh 4.8 km.

Antasena direka untuk meneroka laut dalam dan juga perairan cetek untuk fungsi mengawal dan juga untuk menghantar pasukan tentera.

Bentuk badan "catamaran" membolehkan ia meredah perairan cetek dengan mudah kerana ia menggunakan jet air dan bukan kipas propeler. 

Sebagai sebuah negara dengan 17,508 pulau dan hanya 6,000 sahaja pulau yang diduduki, ditambah pula dengan perairan sepanjang hampir 100,000 km,  Antasena memang menjadi satu mod pengangkutan tentera yang berguna.

Ia juga sesuai untuk mengekang pergerakan lanun-lanun yang ada kerana sistem persenjataan yang lebih lengkap dan kebolehan membawa ssepasukan tentera.

Kementerian Pertahanan Indonesia berkata Antasena ini sudah akan mula berkhidmat seawal tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…