Kantoi: Kedai jual kereta palsukan surat kebenaran MITI

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah kedai menjual kenderaan di Ipoh dipercayai mengeluarkan sekeping surat pengesahan beroperasi palsu dari MITI untuk membolehkan ia beroperasi semasa PKP Sekatan Penuh sekarang ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

Surat palsu itu menunjukan ia tersenarai di bawah sektor ekonomi wajib MITI melalui sistem CIMS 3.0. Namun begitu, kod QR yang tertera pada surat itu merujuk kepada kelulusan untuk bekerja bagi tahun 2020.

Menurut laporan Kosmo, petugas di syarikat itu sudah lama rungsing kerana pengurusan premis itu yang tidak ambil endah walaupun telah dibantah oleh pekerja-pekerja.

Penjualan kenderaan dan aksesori kenderaan tidak tersenarai di dalam sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Hanya bengkel, kedai alat ganti dan pusat servis yang dibenarkan, dan ia terletak di bawah sektor peruncitan seliaan KPDNHEP.

 

* Laporan penuh di Kosmo.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di hadapan Hakim Sabariah, lelaki itu didakwa memperdaya bekas penyelia sebuah syarikat swasta…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…
Berita Domestik
Chuan Kian Voon, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret…