Kano5 - Jelmaan Toyota Supra yang kita semua inginkan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Supra (khusus JZA80) merupakan sebuah sports car yang lagenda daripada negara matahari terbit, dengan penampilan enjin enam silinder sebaris 2JZ menjadi idaman ramai peminat, termasuklah penulis sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaubagaimanapun, ramai para peminat automotif dilihat merasa kecewa dengan penampilan generasi terbaharu kerjasama Toyota bersama BMW yang dikatakan bakal memakai lencana Supra kembali itu. 

Mungkin kerana tiada elemen warisan yang dibawakan daripada generasi JZA80 ke generasi terkini turut menyumbang kepada komen negatif yang dilemparkan kepada kereta yang belum pun dilancarkan kepada umum itu. 
 


Kano5 merupakan sebuah kajian penyelidikan rekaan yang dibangunkan oleh Ahmed Ghamloush, seorang pereka automotif. 

Rekaan terbaharu beliau membayangkan bagaimana kereta prestasi pada masa hadapan dengan rekaan yang aerodinamik, ciri liang udara dan garisan badan yang bertujuan membantu pengaliran udara yang berkesan. 

Walaupun Ahmed tidak menyatakan secara terperinci definisi rekaan yang dibawakan oleh beliau, kita dapat melihat dengan sendiri sedikit sebanyak pengaruh bayangan elemen daripada Toyota Supra turut dapat dilihat dengan jelas pada rendering Kano5. 

 


Rekaan dalaman bahagian kabin yang ringkas tapi berfungsi itu turut menampilkan tiga pedal yang membayangkan kereta konsep ini bakal menggunakan transmisi manual yang semakin dilupakan kebanyakan pengeluar dan peminat kereta. 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang info berkenaan maklumat teknikal kereta konsep Kano5 ini. 
 


Sumber: Kano5 melalui CarScoops

Tags