Kangaroo - SUV konsep daripada pereka terkenal Giugiario

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GFG Style, sebuah syarikat automotif yang diasaskan oleh pereka terkemuka Giorgetto Giugiario dan anaknya Fabrizio bakal hadir dengan sebuah model konsep baharu yang akan dipamerkan pada Geneva Motor Show. 

Dinamakan sebagai Kangaroo (kenapa mesti nama haiwan ini?), model konsep ini akan mengambil bentuk sebagai sebuah sport utility vehicle (SUV) berkuasa elektrik sepenuhnya yang mampu memuatkan dua orang sahaja. 

Menggunakan rangka aluminium yang dilindungi oleh binaan badan daripada bahan gentian karbon dan pacuan semua roda, SUV elektrik ini bakal mempunyai prestasi kelajuan tertinggi sepantas 250 km/j atas mana-mana bentuk permukaan bumi. 

Menerusi gambar acah yang didedahkan, Giugiario ingin memperkenalkan kepada umum bahasa rekaan yang bakal digunakan untuk model akan datang, memandangkan ia tidak berbentuk seakan sebuah SUV jika dilihat pada garis badan kereta yang sangat rendah. 
 


Apa yang pasti, menurut Fabrizio Giugiario lagi, model sebenar yang dibangunkan bersama CH Auto ini akan didedahkan sepenuhnya pada acara yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Sama-sama kita nantikan bagaimana Kangaroo ini beraksi kelak. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…