Kanekawa perkenal barisan model Nolan Helmet terkini di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hujung minggu lepas, Persidangan Viaggio Italiano telah dianjurkan secara rasmi oleh Nolan Malaysia bagi memperkenalkan barisan helmet terkini mereka ke pasaran Malaysia melalui pengedar rasminya, Kanekawa Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persidangan Viaggio Italiano menjanjikan acara yang menarik dan penting untuk Nolan Malaysia, dimana pelbagai jenis helmet diperkenalkan termasuk Siri X-Lite dan Siri Nolan.

Selain itu, Nolan Helmet boleh didapati dalam pelbagai saiz komprehensif untuk memastikan kesesuaian yang selesa bagi semua penunggang, memenuhi keperluan dari saiz S hingga XL.

Memastikan kepuasan semua penunggang, setiap rangkaian Nolan Helmet dilengkapi dengan perlindungan waranti selama 5 tahun.

Antara model helmet yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ialah :

 

N21 Mini Jet Helmet

n21

Menjadi model paling mampu milik, ditawarkan bermula dari RM629 (Plain) hingga RM689 (Grafik).

 

N40-5 Jet Helmet

n40

Model open-face, bermula dari RM949 (Plain) hingga RM1,099 (Grafik).

 

N60-6 Full Face dengan Inner Visor Helmet

n60

Model full-face, bermula dari RM749 (Plain), RM989 (Grafik) RM1,049 (Replika).

 

N80-8 Advanced Full Face dengan Inner Visor Helmet

n80

Model full-face, bermula dari RM949 (Plain) hingga RM1,199 (Grafik).

 

N90-3 Modular Helmet

n90

Model full flip-up, bermula dari RM1,199 (Plain) hingga RM1,399 (Grafik).

 

N70-2X System Helmet

n70

Helmet dengan 8 tetapan khusus untuk kegunaan off-road, bermula dari RM1,399 (Plain) hingga RM1,599 (Grafik).

 

X-803 RS

x803

Satu-satunya model dalam siri X-Lite, khusus untuk kegunaan lumba, bermula dari RM2,499 (Plain), RM2,749 (Grafik) dan RM2,989 (Replika).

x803 stoner

Dengan barisan helmet yang pelbagai dan komitmen terhadap keselamatan dan kecemerlangan, Nolan Malaysia berhasrat untuk memberi impak yang berkekalan dalam pasaran Malaysia.

Semua model barisan Nolan Helmet Malaysia kini boleh didapati di semua pengedar sah Nolan.