Kandi mahu teroka pasaran EV Amerika Utara

oleh Mohamad Hanif|
Kandi K23
Sebuah jenama pengeluar kenderaan elektrik dan bateri EV dari China, Kandi Technologies Group dalam satu kenyataan pada Khamis lalu mengesahkan akan membuka kilang pengeluaran EV dan kenderaan elektrik off-road di Amerika Utara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat yang disenaraikan di Amerika Syarikat itu berkata, mereka sedang dalam fasa awal untuk berbincang dengan pelbagai rakan kongsi, termasuklah agensi kerajaan tempatan.

Selain daripada Kandi Technologies, beberapa syarikat automotif China turut mensasarkan pasaran Amerika Syarikat sebagai lokasi seterusnya memandangkan terdapat peningkatan pemintaan terhadap EV.

Kandi mensasarkan penjualan kenderaan elektrik kos murah di Amerika Syarikat, menerusi pengenalan model EV K27 dan K23 di mana masing-masing memiliki harga bermula dari $9,999 (RM41,720) dan $19,999 (RM83,445).

 

Kandi K27


Kandi K27 didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik tunggal berkuasa 26.8 hp dan pek bateri 17.69 kWh yang mampu membenarkan jarak operasi sejauh 160 km untuk sekali caj penuh.

Manakala model Kandi K23 pula memiliki motor elektrik yang lebih berkuasa, iaitu 65.7 hp/175 Nm, ciri keselamatan ABS dan EBD, serta pek bateri 41.4 kWh yang membolehkan pemanduan sejauh 302 km.

Sumber: Automotive News