Kanak-kanak memang tidak nampak kenderaan bergerak atau tidak!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ada segelintir ibu bapa yang tidak begitu endah dan membenarkan kanak-kanak bermain berhampiran jalanraya. Malah, ada yang menyuruh kanak-kanak itu melintas jalanraya dengan sendiri. Bila ditegur, jawapan mereka sama, anak mereka sudah 10 tahun, sudah pandai menilai. [caption id="attachment_27539" align="aligncenter" width="620"]Gambar hiasan: Pastikan anak anda bermain di tempat yang selamat dan jauh dari jalanraya. Gambar hiasan: Pastikan anak anda bermain di tempat yang selamat dan jauh dari jalanraya.[/caption]   Sebenarnya, mana-mana kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun perlu pengawasan bila berada di jalanraya. Ada sebab kenapa kanak-kanak tidak dibenarkan berada berhampiran dengan jalanraya, dan ianya adalah sebab-sebab saintifik. Di bawah ialah beberapa fakta yang diambil dari kajian Canadian Institute of Child Health dan Pedestrian Crossing Manual For British Columbia.
  • Melintas jalanraya nampak mudah tetapi sebenarnya ia memerlukan sebanyak 26 kemahiran penilaian (judgement skills) untuk membuat lintasan dengan selamat. Ia semakin rumit apabila keadaan jalanraya itu sesak dengan trafik.
  • Kanak-kanak di bawah usia 8 tahun akan mendapati ianya sukar untuk mengesan samada kenderaan itu sedang dalam keadaan pegun atau sedang bergerak laju menghampiri mereka.
  • Kanak-kanak mempunyai kesukaran untuk mengagak kelajuan kenderaan dan jarak kenderaan yang datang ke arah mereka.
Harley Kuantan 2011-117
  • Perkara pertama yang akan difikirkan oleh kanak-kanak apabila mereka nampak sebuah kenderaan ialah warna kenderaan itu, bukannya laju mana ia sedang bergerak.
  • Kanak-kanak berfikiran kenderaan boleh berhenti sesuka-hati (ada yang berkata pemandu kaum Hawa juga ramai berfikiran sedemikian).
  • Kanak-kanak berfikir sekiranya mereka boleh nampak kenderaan itu, pemandu juga akan nampak mereka.
  • Kanak-kanak melihat kenderaan yang lebih besar akan bergerak lebih laju dari kenderaan kecil (orang dewasa juga ada yang berfikiran sedemikian, dan kerana itu motosikal sering menjadi mangsa).
DSC_3057
  • Kanak-kanak berfikiran jalanraya yang lebar itu bahaya dan jalanraya yang sempit itu selamat.
  • Bila mahu melintas jalanraya, kanak-kanak tidak mampu membuat andaian yang tepat akan sela (gap) antara kenderaan yang sempat untuk mereka melintas dengan selamat. Seringkali, kanak-kanak akan membuat keputusan yang mungkin membahayakan diri mereka.
  • Kanak-kanak tidak mahu berfikir akan apa yang akan dilakukan oleh kenderaan dalam keadaan jalanraya sesak. Contohnya, motosikal yang akan mencilok.
  • Kanak-kanak secara fizikal adalah lebih rendah, dan ini akan menjadikan pemandangan mereka lebih mudah terhalang oleh objek-objek seperti kenderaan yang diparkir di tepi jalanraya, tiang elektrik dan sebagainya.
  • Penglihatan peripheral (peripheral vision atau penglihatan sisi ketika anda sedang memandang ke hadapan) seorang kanak-kanak hanyalah seluas satu pertiga dari penglihatan mata dewasa.
cars coming
  • Kanak-kanak mempunyai kesukaran untuk mengesan sumber arah bunyi. Contohnya, bunyi kenderaan.
  • Kanak-kanak hanya akan memberikan fokus atau penumpuan terhadap perkara yang mereka suka. Jadi sekiranya mereka di tepi jalanraya, bola yang terlepas dan bergolek di atas jalanraya adalah lebih menarik dari kereta yang sedang bergerak ke arah mereka.
  • Kanak-kanak memang suka berkhayal kerana itu ialah salah satu proses pematangan minda mereka. Kerana itu, mereka sering berkhayal mereka lebih kuat dan lebih pantas dari apa yang sebenarnya. Dan kerana ini, mereka tidak faham maksud bahaya.
  • Bercerita mengenai udang-undang keselamatan jalanraya dan trafik tidak akan menjadikan kanak-kanak pengguna jalanraya yang lebih selamat. Cara terbaik ialah berjalan bersama mereka dan alami sendiri cara untuk melintas jalanraya agar mereka sendiri faham dan turut mengikut tabiat anda sebagai yang lebih dewasa.
Sayangnya, kanak-kanak sekarang menjadi lebih keliru kerana Careta nampak semakin ramai ibubapa yang:
  • Menunggang motosikal sambil membawa anak tanpa helmet.
  • Memandu sambil menggunakan telefon untuk menjawab Whatsapp atau mengambil selfie.
  • Membenarkan kanak-kanak duduk di dalam kenderaan tanpa menggunakan kerusi bayi dan talipinggang keledar.
  • Melanggar lampu merah ketika anak-anak turut berada di dalam kenderaan.
16991773_1263760300383135_6779095560307981927_o Dan bila anak mereka besar, sikap yang sama akan dibawa ke jalanraya dan ibu bapa akan menyalahkan kerajaan atas segala kepincangan sosial yang berlaku. Mudah bukan? 16864207_1260637744028724_4481345024587635366_n