Kanak-kanak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km sebelum terbabas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis terima satu panggilan telefon daripada orang awam berlaku satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Menurutnya, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang merupakan adik lelakinya yang berumur tiga tahun.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

"Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air. Selepas keluar bilik air mendapati kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah.

"Kes masih disiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian tular video kemalangan kereta melibatkan pemandu kanak-kanak enam tahun di Langkawi.

Jelas Shariman, kenderaan yang dibawa oleh kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.

"Penumpang berusia tiga tahun yang merupakan adik kepada pemandu tersebut pula tidak mengalami kecederaan.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Dalam video yang tular itu, kanak-kanak tersebut menjelaskan memandu kereta untuk ke kedai kepada orang ramai yang berhenti untuk membantu selepas kereta jenis Toyota Vios itu terbabas.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi rakaman video tersebut juga terdengar dentuman kuat dipercayai kenderaan pemilik rakaman…
Berita Domestik
  Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak polis seperti yang dilaporkan oleh laman…