Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Tempoyang.
Bapa kanak-kanak terbabit, yang tidak menyedari anaknya terjatuh dari tingkap pintu belakang kenderaan, meneruskan perjalanan selepas menjawab panggilan telefon.
Setelah hampir dua kilometer dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Berembang, bapa kanak-kanak terbabit menyedari anaknya tiada dalam kereta dan cuba mencarinya.
Namun, gagal menemui mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis.
“Pada masa sama orang awam melalui jalan berkenaan menjumpai kanak-kanak lelaki terbabit dalam keadaan cedera di muka berada seorang diri di tepi jalan.
Kanak-kanak terbabit dibawa ke Balai Polis Padang Tengku dan dihantar ke Klinik Kesihatan Padang Tengku sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
Polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.