Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, berkata siasatan awal mendapati pemandu yang juga bapa mangsa berusia 30-an sedang mengalihkan kenderaan dengan berundur.
Beliau berkata, bapa mangsa berasa seperti terlanggar sesuatu di belakang sebelum memberhentikan kenderaannya.
"Kanak-kanak itu dikatakan secara tiba-tiba keluar dari rumah dan berada di belakang kereta tanpa disedari bapanya," katanya dalam kenyataan.
Jamellulkamal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi melengkapkan siasatan.