Kanak-kanak 12 tahun hilang kawalan motosikal tiga roda, bayi 15 bulan maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto PDRM
Seorang bayi berusia 15 bulan ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7.20 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun membawa lima lagi kanak-kanak menaiki sebuah motosikal roda tiga jenis Suzuki RC110S menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.

"Apabila tiba di kawasan tali air, motosikal roda tiga itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan mangsa yang dipercayai dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun tercampak ke dalam tali air.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan bantuan Pasukan Bomba Balai Bomba Bachok untuk mengesan mangsa dan lebih kurang pada jam 8.10 malam," katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Katanya, mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter daripada lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal akibat 'lemas air'," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Ismail berkata, semakan pihaknya juga mendapati cukai jalan dan insurans motosikal berkenaan sudah tamat tempoh.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan anak-anak berusia dibawah 18 tahun menungganng motosikal tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

"Sekiranya perkara yang sama terjadi, ibu bapa boleh didakwa dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 akibat kecuaian," katanya.

 

- jalan salahkah takdir tetapi salah ibubapa yang gagal dan cuai! -

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Operasi dijalankan di sekitar Pandan Mewah dan Taman Tasik Tambahan berdasarkan aduan serta…
Berita Global
Tidak seperti motosikal konvensional yang menggunakan fork di bahagian hadapan, Kawasaki…