Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta 320km, merajuk gajet dirampas

oleh Penyumbang Rencana|
Gara-gara merajuk gajet dirampas ibu, dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.

Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, anggotanya mengesan sebuah kereta sedan di Interstate 75 berhampiran Gainesville di utara Florida, Amerika Syarikat sebelum jam 4 pagi, Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum itu, ibu kanak-kanak tersebut melaporkan keretanya 'dicuri' anaknya dan hilang selama empat jam di kediaman mereka di North Port, barat daya Florida.

Pada awalnya, anggota polis menyangka mereka bertembung dengan penjenayah dan terpaksa mengeluarkan pistol serta mengarahkan pemandu dan penumpangnya keluar dari kereta itu.

"Sangat mengejutkan apabila melihat seorang pemandu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan bersama kakaknya, 11 tahun dalam kereta itu," katanya.

Kanak-kanak itu memberitahu anggota polis bahawa mereka kecewa kerana ibu mereka merampas gajet elektronik selepas membuat perangai buruk.

Atas sebab itu mereka mengambil keputusan lari dari rumah dan menuju ke California.

Akhirnya pihak polis menyerahkan mereka kepada ibunya untuk dibawa pulang ke rumah. Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu dirahsiakan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…