Para peserta boleh mencuba model hebat itu di sepuluh litar di UK di antaranya Litar Anglesey seperti dalam rancangan Fifth Gear dan Dunsfold Park yang biasa digunakan di dalam Top Gear.
Pakej pemanduan itu termasuk sesi penerangan oleh instruktor berkelayakan sebelum pemanduan (dengan pengawasan) bermula.
Sebagai rujukan, Ferrari 458 Italia mempunyai kuasa 562 bhp dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat sahaja. Kelajuan maksimum ialah 338 km/j.
Lamborghini LP570 Performante pula memerlukan 3.9 saat untuk pecutan 0-100 km/j dan mempunyai kelajuan maksimum 323 km/j.
TrackDays.co.uk bukan baharu dalam program pemanduan, syarikat ini mula menawarkan khidmat mereka sejak tahun 2004.
Bukan sahaja kereta, syarikat juga menawarkan khidmat tunggangan motosikal bagi mereka yang ingin merasa dan program ini juga boleh dijadikan hadiah kepada individu.
Penulis: Muhammad Md Tajudin