Kanada haramkan penjualan kereta petrol, diesel bermula 2035

oleh Mohamad Hanif|
Negara Kanada kini secara rasmi mengumumkan pelan untuk menghentikan penjualan kenderaan petrol dan diesel bermula tahun 2035.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dalam pengumuman besar yang dibuat pada 29 Jun yang lalu, Perdana Menterinya Justin Trudeau menjelaskan hanya kenderaan sifar emisi sahaja yang akan dibenarkan berada di pusat pameran dan pusat pengedar di seluruh negara.

Namun, perancangan tersebut hanya merangkumi genre kenderaan seperti kereta dan trak pikap tugas ringan (seperti contoh F-150), sementara trak tugas berat dan kenderaan komersial masih lagi dibenarkan dijual.

Menurut laporan daripada Reuters, negara Kanada akan turut mengumumkan pelan pelaburan dan perubahan regulasi bagi memudahkan peralihan kepada kenderaan elektrik sebelum mencapai status sifar emisi menjelang 2050.

Ia akan menjadi satu tugas yang sukar, memandangkan Reuters turut melaporkan hanya 3.5 peratus sahaja kenderaan elektrik yang dijual di Kanada pada ketika ini, dan untuk mencapai 100 peratus dalam tempoh 14 tahun bakal menjadi satu cabaran besar.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun dengan prestasi jualan menurun 17 peratus, barisan sedan dan hatchback Corolla itu telah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan informasi yang diperoleh daripada forum CivicXI, negara tersebut dikatakan…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 350 unit dikhususkan untuk pasaran Kanada, dan unit yang masih lagi…