Kamu hebat Ford Mustang, kereta sport paling laris di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
17 April 2020 adalah hari istimewa buat Ford Mustang yang menyambut ulang tahun ke-56. Iya, Mustang sudah berusia lebih lima dekad selepas diperkenalkan pada tahun 1964.

Pada usia itu, Mustang dinobatkan dengan dua mahkota jualan iaitu kereta sport paling laris di dunia dan kereta sport coupe terlaris selama lima tahun berturut-turut.

Mustang juga adalah kereta sport paling laris di negara kelahirannya Amerika Syarikat untuk tempoh 50 tahun dari 1966 - 2018.

Jualan Mustang pada tahun lalu ialah sebanyak 102,090 unit berdasarkan data terkini pendaftaran kenderaan baharu yang dikeluarkan IHS Markit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
FORD MUSTANG

 

Data tersebut mengesahkan Mustang sebagai kereta sport terlaris dunia pada 2019.

Program eksport global Mustang generasi keenam dimulakan pada 2015 dan sehingga Disember 2019, sebanyak 633,000 unit telah terjual di 146 buah negara di serata dunia.

Pada 2019, jualan Mustang di Jerman meningkat 33 peratus, di Poland hampir 50 peratus dan di Perancis pula hampir dua kali ganda.

Jualan Mustang di Eropah ialah sebanyak 9,900 unit termasuk 1,300 unit di United Kingdom.

Untuk sebuah kereta sport dua pintu yang mempunyai pasaran niche, jualan lebih 100,000 unit adalah luar biasa.

 

FORD MUSTANG

 

Tahun 2019 juga menyaksikan Mustang menduduki takhta kereta coupe sport paling laris di dunia untuk kali kelima berturut-turut. 

Pengkelasan coupe sport oleh IHS Markit merangkumi model dua pintu dan convertible.

Di Eropah, Mustang ditawarkan dalam gaya badan fastback dan convertible dengan pilihan enjin 5.0 liter V8 449 PS dan transmisi sepuluh kelajuan automatik atau enam kelajuan manual.

Satu lagi tawaran ialah enjin 2.3 liter EcoBoost 291 PS dengan transmisi enam kelajuan manual.

 

Ford Mustang Bullitt

 

Untuk pelanggan yang mahukan sesuatu lebih berkuasa, Ford menawarkan Mustang BULLITT dengan enjin 5.0 liter V8 460 PS dalam gaya badan fastback sahaja. 

Mustang BULLITT didatangkan dalam warna Shadow Black atau Dark Highland Green dengan perincian unik pada bahagian dalam dan luar.

Untuk pasaran tempatan, pengguna pada satu ketika dahulu pernah ditawarkan unit rasmi yang lengkap dengan waranti pengeluar sebelum jualannya dihentikan. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…