"Kami mahu lawan Porsche" - Polestar

oleh Mohamad Hanif|
Jenama kenderaan elektrik premium yang diwujudkan berasingan daripada Volvo, Polestar percaya jenama itu mampu memberikan saingan kepada jenama premium Jerman, Porsche.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bercakap kepada Auto Motor und Sport, ketua eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath percaya bahawa jenama Polestar mampu bertindak sebagai salah satu pesaing rapat kepada Porsche pada masa akan datang.

Pada ketika ini, Polestar tidak mempunyai sebarang produk yang mampu bersaing secara terus dengan Porsche Taycan, melainkan Polestar 1 dan 2 yang sama sekali berbeza segmentasi.
 

Polestar 2


Namun, dalam masa beberapa tahun akan datang, Polestar akan melancarkan model 3 yang bakal bersaing secara terus dengan Cayenne, diikuti dengan Polestar 4 (pesaing kepada Macan EV), dan akhirnya Polestar 5 yang bakal dilancarkan pada tahun 2024 sebagai pesaing sebenar Tesla Model S dan Porsche Taycan.

Dalam masa yang sama, Ingenlath turut menyebut Polestar akan beransur keluar daripada terus menjadi bayangan Volvo.

"Portfolio produk kami akan berkembang dalam masa beberapa tahun akan datang, dan ini membolehkan Polestar tampil di bawah sinaran yang berbeza.
 

Polestar 1


"Kami akan terus keluar daripada bayangan Volvo, dan bakal menjadi sebuah jenama yang lebih bebas.

Sumber: Auto Motor und Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …