Kamera perangkap halaju kini mampu 'menembak' dari jarak 1 km!

oleh Mohamad Hanif|
Awas! Buat mereka yang gemar melanggar undang-undang jalan raya, pasukan polis Gloucestershire, Britain kini menguji kamera perangkap halaju terbaharu dengan kemampuan untuk menangkap gambar pesalah pada jarak jauh 1 km!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kamera yang digelar sebagai The Long Ranger atau nama rasmi A417 itu dilengkapi dengan lensa zoom telefoto Canon 100-400mm f/4.5-5.6L IS yang berkeupayaan untuk merakam gambar dan video jarak jauh dengan jelas. 
 


A417 tersebut kini digunakan pada fasa awal pengujian di jalan utama sekitar Gloucestershire dan Wiltshire bagi membantu pasukan polis mengesan pesalah trafik seperti memandu melebihi halaju, mengekor dengan rapat, serta menggunakan peranti pintar ketika memandu. 

 

Jika dengan kamera perangkap halaju tradisional mampu dilihat dengan jelas oleh para pemandu yang cekap menukar gaya pemanduan mereka, kamera A417 ini bakal memberikan mimpi ngeri kepada pesalah trafik pada masa akan datang. 


Mungkin satu masa kelak, jika PDRM mengaplikasikan idea yang serupa daripada rakan mereka di Britain, penggunaan lampu tinggi bagi memberikan amaran kehadiran kamera perangkap halaju kepada para pemandu yang lain tidak lagi berguna....

Sumber: Petapixel

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…