Kamera AwAS Diselenggara Hampir RM15.5 Juta Setahun – Anthony Loke

oleh Qalif Latif|
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM15,491,876.58 setahun bagi kos keseluruhan penyelenggaraan sistem Automated Awareness Safety System (AwAS), menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Kos tersebut merangkumi perkhidmatan dan penyelenggaraan kamera, sistem back office serta cetakan saman AwAS.

Anthony menjelaskan, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi tempoh 2014 hingga 2018, pemasangan kamera AwAS telah meningkatkan kadar pematuhan (Perception Of Being Caught – POBC) sehingga 99% di lokasi pemasangan.

AWAS

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohd Hasnizan Harun (PN–Hulu Selangor) di Dewan Rakyat semalam, yang meminta penjelasan berhubung jumlah perbelanjaan pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta keberkesanannya dalam mengurangkan kesalahan lalu lintas, sama ada di lokasi terlibat atau secara menyeluruh.

Pada Januari lalu, Anthony turut mengumumkan bahawa kamera AwAS akan dinaik taraf dengan kaedah point-to-pointberbanding kaedah statik sedia ada. Pendekatan ini membolehkan pemantauan kelajuan dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan di antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.

Sumber: 
Paultan Baca artikel lengkap di paultan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, angka tersebut merupakan kos penyelenggaraan bagi…
Berita Domestik
Menurut laporan Malay Mail, langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran pemandu serta memastikan…
Berita Domestik
"Sepanjang tempoh Januari hingga Isnin lalu, sebanyak 855,300 notis saman telah diselesaikan…