Kamera AWAS akan ditambah di lokasi kemalangan - Kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan itu kini dalam peringkat kajian dan penentuan semula lokasi untuk dibuat penambahbaikan dengan mengemaskini kawasan kerap kemalangan berasaskan data-data terkini.

“Kos pemasangan serta operasi kamera hanya akan ditentukan semasa pemasangan kamera itu dilakukan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Razali Idris yang ingin tahu berapa jumlah kos pembelian, pemasangan dan penyelenggaraan kamera Automated Enforcement System (AES) atau AWAS, serta berapa jumlah saman yang telah dikutip setakat ini.

Kamarudin berkata dari 1 September tahun lepas sehingga 17 April tahun ini, sebanyak 163,986 saman telah dikeluarkan dan kerajaan memperolehi kutipan sebanyak RM5,726,400 daripada saman-saman itu.- Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Sejak kembali ‘diaktifkan’ dari Januari hingga 26 Oktober lalu, sejumlah RM3,478,200 nilai saman…
Informasi
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, sepanjang tempoh 1 September 2018 sehingga…