Kamera AES bukan hanya untuk had laju 110 km/j

oleh Shahrim Tamrin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kamera had laju di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan tetap dibina pada masa hadapan di kawasan hitam dan berisiko tinggi termasuk di jalan persekutuan dan bandaran dengan had laju seperti 70 km/j atau 90 km/j.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menjelaskan kekeliruan berikutan kenyataan yang dibuatnya di Parlimen pada malam tadi yang menyatakan bahawa kamera AES akan hanya dibina di kawasan had laju 110 km/h.

“Apa yang saya maksudkan di Dewan Rakyat adalah pembinaan kamera AES di lebuhraya-lebuhraya di masa hadapan akan hanya diletakkan di tempat yang mempunyai had laju 110 km/h,” kata Loke kepada Careta.my selepas menjawab secara lisan pertanyaan Ahli-ahli Parlimen mengenai perkara berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan.

“Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Miros akan tetap membina AES di kawasan hitam yang telah dikenal pasti termasuk jalan persekutuan. Contohnya, di kawasan yang sering mencatatkan kemalangan seperti di jalan persekutuan berhampiran Gua Musang yang punyai had kelajuan 90 km/j,” tambahnya.

 

 

Beliau juga berkata tujuan dinyatakan bahawa kamera AES hanya diletakkan di kawasan had laju 110 km/j di lebuhraya adalah kerana berikutan terdapat rungutan orang ramai. 

“Kita telah maklum ada yang kata kameras AES ini diletakkan di kawasan tidak sesuai yang dikatakan kerajaan cuma hendak memerangkap pengguna jalan raya untuk membayar saman.” 

Loke turut mengumumkan bahawa Plus Malaysia Berhad (Plus) telah menyatakan kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menaja pembinaan beberapa kamera AES di bawah rangkaian lebuhrayanya.

“Dengan bertambah kamera AES ini di (lebuhraya) Plus juga membantu pengguna lebuhraya memandu cermat dan mengurangkan kadar kemalangan dan juga mengurangkan kos untuk Plus memperbaiki kerosakan akibat kecuaian yang tidak berhati-hati memandu laju,” katanya di Dewan Rakyat semalam. 

Namun tidak dapat dipastikan, di bawah kerjasama Plus dan kerajaan, jumlah unit atau lokasi yang telah dicadangkan untuk dibina kamera AES di sepanjang 748km Lebuhraya Utara-Selatan mahu pun 6 lebuhraya di bawah Plus.

* Gambar utama ehsan Blog Jalan Raya Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…