Kamera AES akan ditambah

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam berkata bahawa kamera AES akan ditambah di lebuhraya PLUS.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk memberi komen tentang kemalangan jalanraya yang sering berlaku di kawasan Terowong Menora di lebuhraya PLUS.

Menurut Anthony, pegawai-pegawai JPJ dikerahkan untuk berada di kawasan Terowong Menora untuk memberi amaran kepada pengguna di sana bahawa mereka sedang diperhatikan.

"Kawasan itu sering berlaku kematian dan pegawai JPJ akan diletakkan di situ agar pengguna lebuhraya tahu mereka sedang diperhatikan," terang Anthony.

"Saya telah minta Pengarah JPJ Negeri untuk memberikan lebih fokus kepada kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan."Menteri tersebut juga berkata kelajuan menjadi punca utama kemalangan dan kerana itu beliau mengumumkan kamera AES akan ditambah untuk memastikan kenderaan tidak melebihi halaju yang dibenarkan.
 

 

 

Khamis lalu dua orang anggota polis antara individu terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tangki muatan simen dan bas ekspres di KM257.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Terowong Menora pada Khamis.

Careta juga ingin meminta pihak Menteri agar mengkaji efek psikologi kepada pengguna lebuhraya, khususnya penunggang motosikal yang menunggang di kawasan terowong Menora ketika hujan dan melalui garisan-garisan timbul di selekoh-selekoh di sana.

Ramai yang mengadu ia menjadikan jalan itu tidak stabil untuk motosikal mereka dan mereka menjadi takut untuk menggunakan brek.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…