Kaman K-Max Titan - helikopter tugas berat tanpa pemandu pertama untuk kegunaan komersial

oleh Mohamad Hanif|
Sejak sedekad lalu, helikopter Kaman K-Max telah menjalani lebih seribu ujian di dalam misi penghantaran kargo tanpa kehadiran juruterbang untuk pasukan US Airforces di Afghanistan, dan dengan kemampuan yang terbukti, ia diperluaskan untuk kegunaan pasaran komersial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kaman K-Max merupakan sebuah helikopter tugas berat yang mempunyai keupayaan mengangkut beban seberat 2,722 kg kargo, dan mempunyai rotor berkembar konfigurasi selang seli (intermeshing rotor).

Dengan kemaskini sistem terbaharu yang dinamakan sebagai Titan, K-Max kini tidak lagi memerlukan bantuan daripada juruterbang.

Ini membolehkan pihak ketiga menjalankan misi tanpa manusia di dalam situasi yang berisiko tinggi, seperti mengawal kebakaran hutan, akses kepada lokasi yang sukar serta misi dalam cuaca buruk tanpa mengakibatkan risiko nyawa juruterbang terkorban.

Sistem bantuan tanpa juruterbang Titan boleh dipasang secara retrofit pada helikopter K-Max yang biasa, atau sebagai opsyen bagi model-model baharu.

Kaman K-Max menggunakan enjin turboshaft Honeywell T53-17A-1 yang menghasilkan 1,354 hp, dan dengan kapasiti bahan api sebanyak 865 liter, helikopter ini mampu bergerak sejauh 560 km dengan muatan maksimum dengan kelajuan tertinggi 80 knot (148 km/j).