Kakitangan Petron ceriakan Pusat Komuniti Desa Mentari Seva

oleh Mohamad Hanif|
Volunteerism-In-Action (VIA), gerakan sukarelawan kakitangan Petron telah membantu mengubahsuai sebuah pusat komuniti yang menempatkan lebih daripada 200 kanak-kanak dengan menyalurkan bantuan berupa peralatan aktiviti rekreasi dan pendidikan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pusat Komuniti Desa Mentari Seva di Petaling Jaya telah menerima perabot, komputer riba, ensiklopedia, buku cerita, dan majalah serta tikar yoga, permainan pendidikan berpapan dan meja “foosball” dalam usaha menjadikan pusat komuniti itu lebih berfungsi dan kondusif untuk pembelajaran kanak kanak, khasnya ketika pandemik ini.

“Kami amat menghargai dan gembira kerana telah menerima sumbangan daripada Petron. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu kami untuk menarik minat lebih ramai kanak-kanak ke pusat ini. Selain menjaga keselamatan mereka, kanak-kanak  di sini juga dapat terlibat dengan aktiviti di pusat ini melalui sumbangan yang diterima,” kata Encik Kumar, pengurus Desa Mentari Seva Center.

Kakitangan Petron Malaysia turut menyumbangkan baucar buku untuk para pelajar di pusat komuniti itu.

Pusat Komuniti Desa Mentari Seva menempatkan lebih daripada 200 kanak-kanak daripada keluarga B40 yang sering mengunjungi pusat tersebut untuk bersantai dan meluaskan pengetahuan mereka.

Wan Adibah Azian Mahmood, Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia berkata, “Kami gembira kerana dapat memainkan peranan kami membantu Pusat Komuniti Desa Mentari Seva dalam mencapai matlamat mereka demi kebaikan pengguna pusat tersebut. Melalui Petron VIA, kami telah bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa Mentari Seva untuk mengenalpasti dan memenuhi keperluan mereka dan kami harap sumbangan kami berjaya membantu meningkat taraf pusat komuniti ini.”

Atas kelolaan kakitangan Petron, Petron VIA merupakan keutamaan dalam program pembangunan kelestarian Petron Malaysia.

"Petron telah menjadikan matlamatnya untuk menyokong keperluan masyarakat. Kakitangan kami turut memberikan komitmen dan bersemangat untuk membawa perubahan positif. Semangat sukarelawan yang ditunjukkan ini adalah sangat membanggakan,” tambah Adibah.

Pada awal tahun ini, Petron VIA bersama rangkaian pengedar stesen syarikat itu telah menceriakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di rumah orang tua di Puchong. Mereka juga telah menghasilkan hampir 40,000 topeng muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di seluruh negara semasa awal pandemik.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda…
Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…