Kaki warga emas hancur digilis forklift

oleh Hamimah Hamid|
WANITA warga emas kehilangan kedua-dua belah kaki selepas digilis trak angkat susun (forklift) dalam kejadian di Kompleks MASKargo, Bayan Lepas tengahari tadi.

Kaki mangsa, Jami @ Jumi Shariff, 75 tahun hancur digilis dalam kejadian kira-kira pukul 12.00 tengahari itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya, Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.16 tengahari.

Katanya, empat anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

"Kita mendapat maklumat mengenai kejadian itu dan ketika tiba di lokasi didapati kedua-dua belah kaki mangsa hancur digilis jentera berkenaan.

"Anggota pasukan kemudian memberi rawatan awal dengan membuat balutan dan memasang alat sokongan pada kaki mangsa," katanya. 

Mengulas lanjut Noor Azizan berkata, ketika diberi rawatan, mangsa masih berada dalam keadaan sedar.

"Mangsa juga berada dalam keadaan stabil ketika dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. 

Terdahulu, video kejadian itu turut tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan mangsa yang sedang berjalan di kawasan kargo itu dilanggar trak angkat susun.

Difahamkan mangsa bekerja sebagai pekerja di bahagian pembersihan di kawasan itu tinggal di Sungai Burung, Balik Pulau.