Kajian: Wanita lebih berisiko dapat kecederaan berbanding lelaki

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti zaman kenderaan dengan tahap keselamatan yang dilabelkan sebagai 'tin milo', kereta masa kini lebih selamat, terima kasih kepada ciri keselamatan yang diwajibkan oleh pihak berkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, walau selamat mana sekalipun kereta anda, pemandu dan penumpang masih lagi berisiko untuk mendapat kecederaan atau lebih malang kehilangan nyawa setiap kali kemalangan berlaku.

Satu kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) mendapati faktor utama yang menyumbang kepada kecederaan adalah saiz kenderaan dan jenis kemalangan yang berlaku.

Kajian IIHS mendapati 70 peratus wanita lebih cenderung untuk mendapat kecederaan di dalam kereta berbanding 60 peratus pengguna lelaki di dalam kenderaan yang sama, sementara 20 peratus lelaki lebih cenderung mendapat kecederaan ketika kemalangan di dalam trak pikap berbanding wanita (kurang daripada lima peratus).

 


Ini adalah kerana lelaki lebih cenderung untuk memandu kenderaan yang lebih besar, seperti contoh SUV dan trak pikap, berbanding golongan pemandu wanita yang lebih gemarkan crossover dan hatchback.

Kajian tersebut turut membandingkan kes-kes pelanggaran sisi dan hadapan yang dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tempoh 1998-2015, dan mereka mendapati pengguna wanita tiga kali lebih berisiko untuk mendapat kecederaan tahap sederhana dan dua kali untuk mengalami kecederaan teruk berbanding lelaki.

Selain daripada itu, menurut IIHS lagi wanita 2.5 kali lebih berisiko untuk mendapat kecederaan kaki sederhana dan 70 peratus berisiko untuk mengalami kecederaan kaki yang serius berbanding pemandu lelaki, dan jurang tersebut boleh dirapatkan dengan penambahbaikan keselamatan bersasar oleh para pengeluar.

IIHS turut menyarankan para pengguna (tidak kira lelaki atau wanita) untuk membuat pemilihan kenderaan dengan lebih berhati-hati untuk mengurangkan risiko mendapat kecederaan yang parah di dalam kemalangan.

Sumber: IIHS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…
Berita Global
Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan…