Kajian: Vin Diesel diiktiraf 'pemandu' paling bahaya di layar perak

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin sekali satu penemuan yang paling teliti dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai terlalu banyak masa lapang (ditambah pula dengan kehadiran bekalan bertih jagung di sisi) yang pernah kami paparkan di dalam Careta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Informasi ini datang dari laman Scrap Car Comparison, di mana mereka telah memilih 25 pelakon terkenal dan membandingkannya dengan bilangan kenderaan yang telah dihancurkan di dalam filem yang dibintangi.

 


Daripada senarai tersebut, adalah tidak mengejutkan apabila tempat pertama diduduki oleh pelakon botak Vin Diesel dengan jumlah kenderaan yang dihancurkan sebanyak 61 unit, diikuti oleh pelakon botak kedua Bruce Willis (60 unit).

Sementara itu, pelakon watak Terminator Arnold Schwarzenegger pula menduduki tangga ketiga dengan 52 buah kenderaan.

Senarai 10 orang pelakon yang paling banyak menghancurkan kenderaan itu turut membarisi pelakon seperti Matt Damon, Keanu Reeves, Daniel Craig, Nicholas Cage dan Tom Cruise.
 

Hobbs and Shaw


Di tempat kesepuluh, Dwayne 'The Rock' Johnson berkongsi kedudukan dengan Jason Statham dengan rekod masing-masing sebanyak 18 buah kenderaan.

Senarai penuh adalah seperti berikut:

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…
Gaya Hidup
Ini kerana terdapat laporan terbaharu yang mendakwa pihak Universal Pictures mahukan bahagian akhir…