Kajian Veygo: Rakyat Malaysia sukakan Audi R8!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada carian biasa berkenaan kereta belasahan seharian, carian di internet juga sebenarnya juga turut merangkumi segmen kereta sports dan supercar. 

Veygo yang sebelum ini menunjukkan data jenama automotif yang paling dicari kini kembali dengan hasil kajian bagi menunjukkan kepopularitian supercar di kalangan netizen sedunia untuk 10 tahun kebelakangan ini. 

Baca: Toyota jenama paling popular dicari 

Menggunakan kata kunci spesifik serta carian yang tidak dispesifikasikan, Veygo mendapati nama yang paling dicari-cari di seluruh dunia disandang oleh Audi R8. 

 


Daripada 169 buah negara di seluruh dunia, 95 buah negara mencatatkan jumlah carian Audi R8 paling tinggi mengalahkan jumlah carian terhadap kereta yang lebih berkuasa seperti Bugatti Chiron dan Lamborghini Aventador. 

Berikut merupakan data keseluruhan jumlah carian tertinggi:

  • Audi R8 - 939,870
  • Bugatti Chiron - 701,140
  • Lamborghini Aventador - 562,770
  • Bugatti Veyron - 433,410
  • Lamborghini Huracan - 384,270
  • Lamborghini Veneno - 371,570
  • McLaren 675LT - 368,810
  • Ford GT - 313,380
  • Ferrari 458 - 256,590

Menariknya, di Malaysia juga menobatkan Audi R8 dengan jumlah pencarian paling tinggi (8,300 carian), manakala di negara jiran Indonesia pula lebih gemarkan Lamborghini Aventador dengan 17,000 carian!

Hasil kajian Veygo boleh dirujuk menerusi pautan di bawah: 

Veygo: The World's Most Desired Supercars

Veygo: Data Spreadsheet

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…
Berita Global
Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan…