Kajian Universiti Singapura ramal wabak COVID-19 berakhir Mei ini di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 yang 'menggoncang' dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia.
Modenas

Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.

Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

 


Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei.

Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan  sementara di Itali  pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Daripada graf tersebut, jangkitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah  negara itu.

Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100 peratus pada 22 Mei, iaitu lebih awal daripada negara-negara lain di dunia.

Laporan penuh boleh dilihat menerusi pautan di bawah:

When Will COVID-19 End | SUTD

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun bagi sesetengah pihak, mereka percaya enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine,…
Berita Global
Namun, dengan ciri yang semakin lazim di kalangan model-model baharu, satu kajian yang menakutkan…
Informasi
Namun kajian terperinci  daripada pelbagai pihak perlu dilakukan membabitkan penggunaan rakaman…