Kajian umur minima lesen memandu - MIROS mahu pendapat anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah melancarkan satu tinjauan atas talian berkenaan dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji umur minima sah sebagai pemegang lesen percubaan memandu/menunggang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sila beri pilihan anda di https://goo.gl/forms/kMaD0Y5d8WikYgaq2

 

Tinjauan ini adalah terbuka kepada semua untuk memberikan pilihan dan cadangan serta umur yang dirasakan bersesuaian sebagai umur minima yang baru untuk mengemudi kenderaan di atas jalanraya dan berhadapan dengan keadaan lalulintas yang sebenar.

 

 

Tarikh tutup adalah 11 Jun pada 12 tengahari dan Careta.my difahamkan bahawa Miros amat mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk membantu agensi keselamatan jalanraya ini bersama Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia (JKJR) memberikan hasil rumusan tinjauan dan pendapat masyarakat.

Pada 25 Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji umur minima yang sesuai dan kajian terhadap had minima umur itu perlu memandangkan peningkatan kadar kemalangan maut di kalangan pengguna jalanraya remaja di dalam negara sudah mencapai tahap kritikal.

 

 

"Kami menjemput rakyat Malaysia untuk memberikan pendapat dan pandangan atau cadangan apakah had umur minima bagi seseorang itu untuk mendapat lesen memandu dan menunggang motosikal," ujar Loke selepas sesi mesyuarat selama dua jam dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dua minggu lalu.

Loke tidak memberi komen bila ditanya adakah 18 tahun satu umur yang ideal untuk usia minimum lesen memandu dan menunggang.

"Kita tunggu dulu apa kata rakyat," kata Loke.

Buat masa sekarang. umur minima untuk lesen memandu percubaan ialah 17 tahun sementara umur minima untuk lesen menunggang percubaan ialah 16 tahun.

* Laporan oleh Shahrim Tamrin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…