Kajian: Toyota syarikat automotif paling bernilai tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Interbrand baru-baru ini menyenaraikan 100 buah syarikat global yang utama yang disusun berdasarkan nilai jenama tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada senarai tersebut, adalah tidak mengejutkan apabila syarikat teknologi gergasi utama dunia seperti Apple, Amazon dan Microsoft tersenarai di dalam carta tersebut.

Di tangga ketujuh, Toyota kini merupakan syarikat automotif yang paling bernilai di dunia dengan nilai yang dianggarkan setinggi $54.1 bilion, atau peningkatan lima peratus berbanding tahun lalu.

Tidak jauh daripada Toyota adalah jenama Mercedes-Benz di tangga ke-lapan dengan nilai $50.8 bilion dengan peningkatan sebanyak 3 peratus.

BMW berjaya menduduki tangga ke-12 dengan nilai jenama $41.6 bilion diikuti oleh Tesla di tangga ke-14 dengan nilai $36.2 bilion.
 

Interbrand


Namun jika dinilai dari segi pertumbuhan, Tesla berjaya mendominasi setiap aspek di dalam laporan Interbrand, dengan pertumbuhan setinggi 184 peratus, sementara ditangga kedua pula jatuh kepada PayPal dan Adobe dengan pertumbuhan sebanyak 36 peratus sahaja.

Berikut merupakan senarai syarikat automotif yang paling bernilai mengikut kajian Interbrand 2021:
1. Toyota (7/100) - $54.1 bilion
2. Mercedes-Benz (8/100) - $50.8 bilion
3. BMW (12/100) - $41.6 bilion
4. Tesla (14/100) - $36.2 bilion
5. Honda (25/100) - $21.3 bilion
6. Hyundai (35/100) - $15.1 bilion
7. Audi (46/100) - $13.4 bilion
8. Volkswagen (47/100) - $13.4 bilion
9. Ford (52/100) - $12.8 bilion
10. Porsche (58/100) - $11.7 bilion
11. Nissan (59/100) - $11.1 bilion
12. Ferrari (76/100) - $7.1 bilion
13. Kia (86/100) - $6.08 bilion
14. MINI (96/100) - $5.2 bilion
15. Land Rover (98/100) - $5.0 bilion

Sumber: Interbrand

Berita Berkenaan

Berita Global
Inisiatif ‘sifar emisi’ tersebut dimulakan oleh Agensi Sains dan Teknologi Industri (sebahagian…
Berita Global
Namun disebabkan oleh masalah kewangan yang melanda serta imej yang teruk memaksa nama SsangYong…
Berita Domestik
Tidak tahu ke mana harus anda tuju? Usah risau kerana kami mahu cadangkan anda supaya berkunjung…