KAJIAN: Sistem ADAS mampu sebabkan pemandu 12 kali lebih leka!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu poin jualan unik yang kini digunakan oleh syarikat automotif adalah sistem bantuan pemandu termaju (Advanced Driver Assistance Systems, ADAS), di mana ia kini sudah menghampiri kepada pemanduan autonomi tahap ketiga bermula tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dengan ciri yang semakin lazim di kalangan model-model baharu, satu kajian yang menakutkan mendedahkan pemandu masa kini lebih mudah untuk bergantung harap kepada sistem tersebut.

Kajian ini dibuat oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) dan Massachusetts Institute of Technology's AgeLab yang memfokuskan kepada tahap penumpuan pemandu ketika mengendalikan kereta yang dilengkapi dengan ADAS.

Seramai 20 orang sukarelawan menyertai ujian ini dan diminta untuk memandu sebuah Range Rover dengan sistem kawalan pelayaran adaptif (ACC) dihidupkan, manakala sebahagian lagi memandu Volvo S90 dengan ciri seperti kawalan pelayaran adaptif dan Pilot Assist (fungsi pemusatan laluan) diaktifkan.

 


Menurut kajian, hampir tiada sebarang perubahan tumpuan yang ditunjukkan oleh pemandu (seperti mengalihkan tangan atau penglihatan daripada jalan) ketika mula-mula memandu kenderaan.

Namun, sejurus selepas fungsi automasi diaktifkan, kajian mendapati tingkah laku mereka berubah secara signifikan, di mana kebanyakan pemandu mula leka dan mengalihkan tangan daripada roda stereng.

Perubahan tingkah laku ini lebih jelas dan nyata ketika kebanyakan sukarelawan itu memandu di dalam Volvo S90 yang dilengkapi dengan sistem automasi tahap kedua yang menawarkan 'kesan yang lebih dramatik' berbanding sistem ACC pada Range Rover Evoque.

 


Menurut Ian Reagan, penyelidik di IIHS menjelaskan, "pemandu akan dua kali lebih cenderung untuk menunjukkan tanda perubahan tumpuan setelah sebulan menggunakan Pilot Assist berbanding ketika tempoh awal kajian dibuat.

"Namun, jika dibandingkan dengan pemanduan secara manual, pemandu akan 12 kali lebih gemar mengalihkan tangan mereka dari roda stereng setelah terbiasa dengan ciri pemusatan laluan yang didatangkan pada kereta.

IIHS menegaskan bahawa kajian ini menunjukkan kepada kita kepentingan untuk memastikan pemandu menumpukan sepenuh perhatian dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada sistem ADAS, atau terkesan dengan 'rasa selamat yang palsu' ditawarkan oleh sistem automasi berkenaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Model Terbaharu
Terkini ialah teknologi yang membolehkan kenderaan itu sendiri membantu pemandu untuk mengawal…
Berita Global
Namun, satu perkara yang membelenggu kebanyakan pengguna adalah ketidakseragaman nama yang…