Kajian: Ribuan pemandu muda tiada pengalaman cukup pemanduan waktu malam

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Driver and Vehicle Standards Agency (DVSA), ribuan pemandu yang disahkan kompeten tidak pernah memandu pada waktu malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

DVSA menjalankan kajian terhadap 17,000 orang pemandu baru dan pemandu muda dan mendapati kira-kira 17.5 peratus daripada mereka tidak pernah pun sekali memandu ketika cuaca gelap/malam. 

Manakala 22 peratus lagi mengaku mereka menghabiskan masa kurang dari dua jam untuk cuba memandu dalam gelap sebelum mengambil ujian pemanduan. 

Data yang diperoleh untuk tempoh Oktober 2018-Oktober 2019 mendapati, daripada 610,000 pemandu baru yang berumur 17-24 tahun, kira-kira 106,000 orang daripada mereka tidak pernah sekali pun memandu ketika waktu malam. 
 


DVSA turut menasihati pelajar sekolah memandu supaya menjalani latihan pemanduan di dalam gelap dan pada waktu malam dengan pengawasan ibu bapa ataupun orang dewasa. 

Menurut Mark Winn, ketua pemeriksa sekolah memandu di DVSA berkata, "prioriti kami adalah untuk membantu semua orang untuk mempraktikan pemanduan selamat sepanjang masa. 

"Adalah sangat penting untuk para pelajar mendapatkan pengalaman pemanduan terutama di dalam gelap/waktu malam. 

"Keupayaan untuk melihat bahaya di hadapan dalam medan penglihatan yang amat terhad merupakan skil yang perlu dibina berdasarkan pengalaman. 

"Lebih masa dihabiskan di dalam kondisi yang berbeza, ia akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih bersedia untuk memandu dengan lebih selamat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…
Berita Global
Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan…