Kajian - Ramai tidak faham dan tahu guna teknologi dalam kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta hari ini semakin canggih dan suatu yang bagus apabila kereta rakyat turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi. Ada kereta yang mampu membrek sendiri, menghidup dan mematikan enjin secara automatik. 

Teknologi seperti itu menawarkan lebih perlindungan untuk penumpang dan mereka di sekeliling selain daripada penjimatan bahan api.

Dalam pelbagai fungsi dan teknologi yang ada, berapa ramai tahu menggunakannya? Menurut satu kajian oleh The British Motor Show, ramai pemandu tidak tahu.

Sebelum itu apa kaitan The British Motor Show dengan kajian tersebut?

Ia sebenarnya dibuat sebagai cerminan kepada industri kenderaan di Britain yang merupakan peneraju global dalam teknologi canggih.
Modenas
car tech

 

The British Motor Show juga mahu mengenengahkan pameran yang berlangsung di Farnborough International pada 20 Ogos depan sebagai medan memperagakan dan pemahaman teknologi canggih kepada pengguna.

Kembali kepada kajian yang dilakukan, Sistem Bantuan Pemanduan Termaju atau ADAS dan platform info hibur berteknologi tinggi dikatakan sebagai kemajuan terbesar di dalam teknologi kereta pada dekad lalu.

Bagaimanapun, lebih satu pertiga (35 peratus) pemandu masih tidak jelas bagaimana untuk menggunakannya dengan betul.

20 peratus pemandu mengatakan mereka guna tidak sampai separuh teknologi di dalam kereta dan sepuluh peratus mendakwa hanya faham sedikit (kurang daripada 20 peratus) dan hanya memandu kereta.

Satu daripada punca utama ialah kurang penjelasan sewaktu pelanggan membeli kereta.

71 peratus pemandu merasakan maklumat yang diberikan mengenai teknologi kereta tidak cukup oleh pengedar sewaktu mereka membuat pembelian.

25 peratus pemilik mendakwa tiada langsung maklumat diberikan mengenai teknologi di dalam kereta dan bagaimana untuk menggunakannya.

Selari dengan dapatan ini, bagaimana pula dengan kereta anda? Sudahkah anda memahaminya dengan betul? Bagaimanakah kereta anda boleh membrek sendiri?

Menarik untuk difahami.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment