Kajian: Perodua, PETRONAS terbaik dalam pengurusan krisis 2020

oleh Mohamad Hanif|
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh firma penyelidikan pasaran Ipsos mendapati, lima organisasi utama Malaysia diiktiraf sebagai yang terbaik dalam pengurusan krisis, iaitu PETRONAS, Maybank, McDonald's, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pengeluar automotif, Perodua.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam tinjauan yang melibatkan kira-kira 4,000 orang rakyat Malaysia itu dibuat berdasarkan 100 jenama tempatan, 65 peratus atau dua pertiga rakyat Malaysia secara amnya bersetuju syarikat PETRONAS menguruskan situasi krisis pada tahun 2020 dengan baik, diikuti Maybank (62 peratus), KWSP dan McDonald's (60 peratus) dan Perodua (59 peratus).

Walaupun keputusan yang diperoleh menampilkan sifat perniagaan yang berbeza, Ipsos turut mendapati pengurusan krisis yang baik sebenarnya tidak tertakluk kepada sesetengah sektor perniagaan semata-mata.
 


Faktor komunikasi yang jujur merupakan salah satu elemen yang ditekankan oleh kajian Ipsos berhubung pengurusan krisis di dalam lima organisasi itu.

Dalam tempoh kebanyakan organisasi sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu tahun lalu, Ipsos mendapati 67 peratus responden mengakui Maybank dan Pos Malaysia antara yang menonjol kerana bersifat terbuka dan jujur di dalam komunikasi mereka.

Selain daripada itu, KWSP diakui antara organisasi yang memperlihatkan sokongan kepada komuniti lokal, McDonald's pula mendapat skor yang tinggi kerana mengutamakan pelanggannya, manakala Maybank pula dipersetujui oleh majoriti kerana mempunyai prestasi kewangan yang cukup kuat.

Sumber: MalayMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…