Kajian penggunaan kamera badan bagi penguatkuasa JPJ dijangka selesai September ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Laporan penuh kajian penggunaan Body-Worn Camera (BWC) melibatkan anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka dibentang pada suku akhir tahun ini.


Bercakap di Dewan Negara, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

“Pada masa ini, pihak JPJ berada di fasa pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaannya termasuk melaksanakan siri-siri Proof of Concept (PoC) bagi mengkaji pelbagai aspek melibatkan perundangan, pengoperasian, penilaian keupayaan alat BWC dan teknologi yang digunakan, implikasi kewangan, serta keberkesanannya bagi meningkatkan integriti ketika melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.

“Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat yang menawarkan PoC kepada JPJ dan dilaksanakan secara berperingkat.

“POC ini melibatkan pejabat-pejabat JPJ di seluruh ibu negeri dan cawangan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak.

"POC ini juga dijangka berakhir pada 30 September ini dan laporan penuh akan disediakan serta dihantar ke MoT (Kementerian Pengangkutan) untuk proses selanjutnya,” kata Hasbi.

Tambah Hasbi, penggunaan BWC juga dilihat mampu meningkatkan tahap kepercayaan orang awam terhadap anggota JPJ termasuklah isu-isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

“MoT berpandangan bahawa penggunaan BWC bukan sahaja dapat meningkatkan integriti penguatkuasaan JPJ semata-mata, malah berupaya untuk melindungi anggota-anggota penguat kuasa JPJ daripada pelbagai tohmahan atau tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Setiap pengguna (pegawai, anggota yang memakai BWC) akan dibekalkan ID khas semasa penugasan. "…
Berita Domestik
  "Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati…