Kajian Nissan dapati orang muda tertarik dengan sedan

oleh HEZERI SAMSURI|

Nissan nampaknya melawan arus dengan hasil kajian di kalangan pelanggan mereka.

Menurut jenama terkenal Jepun itu, ia akan meneruskan tradisi penghasilan model-model sedan kerana pembeli dari generasi Millenials (lahir pada awal 1980-an) dan Generasi Z (muda-mudi berusia belasan tahun dan awal 20-an) menampakan kecenderungan mereka kepada genre tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
almera 2020

 

Dari kajian mereka, seramai 78 peratus yang tidak pernah memiliki kenderaan dan bakal membeli dalam masa terdekat lebih menyukai rekabentuk sedan.

Pengarah Nissan Amerika Utara, Rob Warren berkata Nissan akan terus menghasilkan sedan kerana pesaing-pesaing mereka sudah meninggalkan kategori tersebut.

 

 

"Ini menjadikan produk kami lebih berdaya saing kerana pesaing kami semuanya sudah ke arah SUV atau trak pikap.

Mungkin ini menjadi sebab kenapa Nissan melancarkan model-model sedan baharu mereka dengan rekabentuk yang sangat menarik.

 

almera interior

 

Lihat sahaja Versa atau Almera generasi baharu yang baru dilancarkan bulan lalu di sana - sangat sporty! 

* Gambar-gambar ialah dari model Nissan Versa/Almera generasi terkini dari Net Car Show.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…