Kajian MIROS: Cermin gelap 'tinted' bukan jawapan untuk kurangkan bahang panas kabin kereta

oleh Shahrim Tamrin|
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah mendedahkan bahawa pemasangan filem penahan haba yang gelap tidak bermakna ia pasti mengurangkan bahang matahari dan mengurangkan haba di dalam kereta.

Kertas penyelidikan Miros turut menyebut kenderaan cermin ‘tinted’ gelap boleh meningkatkan risiko bahaya serta mengancam keselamatan anggota polis yang meronda di jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kajian Miros berjudul "A Study on Automotive Tint Glazing in Malaysia", cermin kereta yang dipasang dengan filem solar gelap boleh mampu menghalang kemasukan cahaya tetapi ia tidak semestinya dapat menapis haba dan boleh mengurangkan suhu hawa di dalam kabin kereta.

"Tenaga matahari adalah terdiri daripada sinaran cahaya, sinaran infra-merah dan radiasi ultraviolet dengan taburan sebanyak 43%, 54% dan 3%. Ketiga-tiga elemen tenaga matahari ini harus ditapis untuk perlindungan yang optima," laporan Miros itu menyebut.

Bagi mengurangkan penembusan haba ke dalam kenderaan, pasukan penyelidik Miros menerangkan bahawa pengurangan ciri infra-merah memainkan peranan yang jauh lagi penting daripada memasang kaca atau filem yang gelap dengan bacaan Transmisi Cahaya Terlihatan (VLT) 35% atau lebih rendah atau dalam erti kata lain, dengan kadar yang berlebihan. Laporan MIROS tersebut boleh didapati dari pautan di sini. 

 

Para penyelidik telah menjalankan beberapa ujian ke atas empat kenderaan yang secara strategik telah dihadapkan ke arah timur-barat untuk memastikan limpahan maksima pancaran matahari ke atas cermin kereta dan tingkap.

Empat buah model Perodua Myvi dengan cat berwarna gelap telah diuji selama empat jam pada waktu panas terik tengahari. Kesemua kereta tersebut turut dilengkapi dengan filem solar berwarna dengan kos antara RM200 hingga RM400 (yang berada di pasaran) dari spesifikasi VLT yang berlainan.

Seterusnya, perbezaan suhu minima telah dicatatkan. Bagi kabin kereta yang direkodkan suhu antara 38°C hingga 42°C, cermin hadapan ‘tinted’ hanya berjaya menghasilkan pengurangan suhu 0.5°C hingga 1°C ketika kenderaan bergerak di jalanraya.

Bagi ujian di tempat letak kereta, kenderaan yang dipasang dengan plastik solar gelap telah dapat mengurangkan suhu antara 2°C hingga 3°C berbanding dengan cermin yang tidak ‘tinted’.

Kebanyakan responden yang ditemubual oleh pasukan penyelidik Miros beranggapan bahawa dengan memasang filem penahan haba di tingkap kereta, "ia boleh mengurangkan penembusan haba kerana keadaan cuaca panas di negara ini."

Sejumlah 1,000 responden telah ditemuramah oleh penyelidik Miros di Seremban, Kajang dan Putrajaya. Daripada jumlah itu, 72.5% mengesahkan bahawa mereka telah memasang filem perlindungan solar untuk kenderaan mereka, manakala 67.8% mengakui bahawa alasannya adalah kerana cuaca panas, diikuti pula oleh faktor keselamatan pada 25.3%, mengurangkan cahaya silau (20.9%) dan sebab tujuan privasi (6.8%).

 

Kajian Miros juga mendapati bahawa cermin gelap dengan tahap VLT yang rendah akan meningkatkan lagi risiko bahaya kepada anggota penguatkuasa.

Laporan penyelidikan Miros itu menyebut kajian yang telah dijalankan oleh Virginia State Police di Amerika Syarikat. Ia menyatakan bahawa penglihatan visual menerusi warna malap menghalang keupayaan pegawai untuk mengesan senjata di dalam kenderaan, barang seludup atau melihat gerak geri pemandu atau penumpang." Kajian Polis Virgina itu melaporkan bahawa 81% responden tidak dapat mengenal pasti objek di dalam kereta yang telah dipasang dengan cermin gelap.

Semalam Careta.my melaporkan bahawa tiada lagi had VLT dikenakan untuk cermin belakang dan cermin sisi di kawasan tempat duduk penumpang belakang bagi kenderaan persendirian.

Ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam yang menyatakan bahawa Kementerian telah membuat pindaan terhadap peraturan bagi penggunaan lapisan filem atau cermin gelap seperti mana yang digariskan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sebelum ini, peraturan menetapkan bahawa peratusan VLT adalah 70 peratus untuk cermin hadapan, 50 peratus untuk tingkap penumpang depan dan pemandu, 30 peratus bagi tingkap sisi belakang dan cermin belakang.

Maknanya, bermula hari ini pemilik kenderaan persendirian telah dibenarkan untuk memasang filem solar sehingga tahap 100% gelap pada cermin belakang dan tingkap sisi belakang kawasan penumpang SAHAJA.

 

GRAFIK - Peraturan terbaru mengenai jenis-jenis kaca tertentu yang berkuatkuasa bermula hari ini (8 Mei, 2019)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia akan menyukarkan pihak penyelamat kerana ketebalan itu akan memberi kesan kepada keanjalan dan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengadakan sidang media selepas pembentangan…
Berita Domestik
  Nampaknya isu cermin gelap masih belum berakhir walaupun pihak JPJ sudah pun mengumumkan polisi…