Kajian: Lexus jenama Nombor Satu paling dipercayai di US!

oleh Mohamad Hanif|
Kajian tahunan J.D. Power U.S Vehicle Dependability Study mendapati jenama dari Jepun, Lexus telah berjaya dinobatkan sebagai jenama yang paling dipercayai di Amerika Syarikat mengalahkan jenama lain seperti Porsche dan Kia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kajian yang memasuki tahun ke-32 itu mengukur bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit kenderaan (PP100) dalam tempoh 12 bulan yang lalu, dan setiap kenderaan yang diperiksa perlulah berusia tiga tahun (model tahun 2018).

Sebanyak 177 permasalahan yang dikaji oleh J.D. Power termasuklah sistem audio, komunikasi, enjin, transmisi, kawalan fungsi, paparan, pengalaman pemanduan, pendingin hawa dan sebagainya.

Skor yang rendah membawa maksud kereta/jenama tersebut mempunyai kurang masalah.

 


Daripada hasil yang disimpulkan, Lexus berjaya menduduki tangga pertama dengan skor 81 PP100, menjadikan tahun ini sebagai tahun kesembilan Lexus menduduki tangga teratas, diikuti oleh Porsche (86 PP100), Kia (97 PP100), Toyota (98 PP100) dan Buick (100 PP100).

Beberapa jenama lain turut berjaya memperoleh skor yang lebih tinggi berbanding skor purata industri (121 PP 100), seperti contoh Hyundai, Genesisi, Lincoln, Acura, BMW, Chevrolet, Mitsubishi, dan Mazda.

Sementara itu, Tesla walaupun dimasukkan ke dalam senarai kajian, akan tetapi ia tidak termasuk di dalam kedudukan rasmi disebabkan pengeluar EV tersebut tidak memberikan kebenaran kepada J.D. Power untuk menjalankan kajian kepada pemiliknya di 15 buah negeri di Amerika Syarikat.

Namun, kajian tersebut berjaya menemubual 765 pemilik tesla daripada 35 buah negeri dengan skor 176 PP100, menjadikan Tesla berada di tangga ke-30 daripada 33 pengeluar automotif.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022…
Berita Global
Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh JD Power di bawah tajuk 2020 US Automotive Brand…