Kajian: Lelaki memandu kereta mewah lebih buruk perangai di atas jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of International Psychology mendapati, lelaki yang berstatus tinggi serta memiliki kenderaan mewah mempunyai satu persamaan yang ketara - gaya pemanduan yang tidak senonoh di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasil kajian tersebut turut mendapati kebanyakan lelaki yang degil, gemar bersengketa, tidak bersetuju dengan pandangan orang lain dan mementingkan diri sendiri merupakan pemilik kepada kenderaan berstatus tinggi - seperti Audi, BMW dan Mercedes-Benz. 

Mereka mengkaji hasil dapatan daripada 1,892 pemilik kenderaan berbangsa Finland serta menganalisa jenis personaliti berdasarkan hipotesis yang dibuat oleh Jan-Erik Lonnqvist.

Lönnqvist membuat kesimpulan awal bahawa kebanyakan mereka yang gemar melanggar lampu isyarat merah, tidak memberikan laluan kepada pejalan kaki dan memandu secara melulu terdiri daripada para pemilik kereta mewah Jerman. 

Beliau yang merupakan seorang professor kajian sosial di Universiti Helsinki mendapati kebanyakan perangai yang tidak senonoh itu dimiliki oleh mereka yang memandu kenderaan mewah. 

"Dan sifat yang sama menjadi jawapan kenapa pengguna jalan raya kerap melanggar peraturan yang ditetapkan berbanding orang lain," ujar beliau. 

Timbul satu persoalan, "adakah kekayaan menjadi penentu perangai tidak siuman ini di atas jalan raya?"

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…