Kajian: Lebih separuh rakyat Malaysia gemar sewa kereta - lebih menyenangkan!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Avis Budget Group selaku penyedia penyelesaian mobiliti global mendedahkan walaupun kereta masih lagi menjadi mod pengangkutan yang popular, sikap pengguna terhadap pemilikan kereta didapati turut berubah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan laporan tersebut, kira-kira 97 peratus rakyat Malaysia berpendapat pemilikan kereta masih penting sebagai satu pengangkutan, di mana 67 peratus berpendapat ia salah satu mod pengangkutan yang masih ideal. 

Namun, lebih separuh (51 peratus) lebih gemar memilih opsyen sewa kenderaan jika ia merupakan pilihan yang lebih mudah dan menyenangkan buat mereka. 

Laporan berjudul The Road Ahead: The Future of Mobility itu menilai perubahan lanskap mobiliti di seluruh dunia, dan dalam kaji selidik yang dijalankan di 16 buah negara Eropah dan Asia, kebanyakan responden mahu bertukar kepada mod pengangkutan berdasarkan permintaan. 
 
Salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi revolusi ini adalah teknologi, terutama jaringan 5G yang kini sedang diperlihatkan di negara-negara seluruh dunia. 

 


Malah, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menjalankan demonstrasi projek 5G dalam usaha untuk menjadi antara negara Asean pertama yang melancarkan teknologi tersebut. 

Masih menyentuh soal yang sama, Avis Group mendedahkan kira-kira 73 peratus responden lebih gemar data mereka diakses dan dikongsi untuk penambahbaikan infrastruktur pintar dan pengalaman perjalanan yang lebih baik. 

Manakala majoriti daripada mereka menjangkakan pemanduan yang lebih menyenangkan untuk tahun-tahun akan datang. 

Menurut Keith Rankin, Presiden Avis Budget Group berkata, perubahan keperluan dan perluasan ekonomi perkongsian kedua-duanya menawarkan cabaran dan peluang tersendiri di dalam industri mobiliti. 

"Tatkala para pelanggan mahukan sesuatu perkhidmatan yang berintegrasi, terhubung dan atas permintaan (on demand), mereka tetap mahukan kemudahan pada harga yang lebih munasabah," ujar beliau lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui kerjasama strategik dengan pemain industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…
Berita Domestik
Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km,…