Kajian: Kebanyakan pemimpin dunia pilih Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Untuk rakyat kebanyakan, kereta merupakan satu mod pengangkutan untuk memudahkan pergerakan daripada titik A ke titik B.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila ia ditugaskan untuk membawa pemimpin, fungsinya turut berubah, daripada sebuah pengangkutan, ia juga mampu bertindak sebagai pusat kawalan sementara, serta pusat perlindungan daripada segala ancaman dan marabahaya.

Oleh sebab itu, sesetengah daripada kereta rasmi kerajaan dilengkapi dengan ciri-ciri perisai, dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk menangkis segala serangan fizikal termasuklah serangan bahan kimia. 

Baca: Senarai kereta rasmi Presiden US

 


Laman web Visual Capitalist baru-baru ini telah menyenaraikan kenderaan-kenderaan rasmi yang digunakan oleh 45 orang pemimpin utama dunia, daripada kereta yang paling kerap disebut-sebut (The Beast) sehinggalah kepada kereta yang paling tidak disangka-sangka (Volkswagen Beetle).

Menurut data daripada TitleMax, jenama yang paling popular tidak lain dan tidak bukan adalah Mercedes-Benz, terutama model S-Class.

Malah, ada juga pemimpin yang masih lagi mengguna pakai model-model Mercedes-Benz yang klasik seperti contoh Mercedes-Benz 600 Pullman (Morocco) dan Mercedes-Benz 600 Landaulet (Korea Utara).

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Kon Yeow dilihat menggunakan kereta baharu itu ketika hadir Upacara Mengangkat Sumpah Ahli…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Toichi Ishiyama berkata ia bakal digunakan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autonetmagz, rancangan yang digelar sebagai Kendaraan Bermotor Listrik…