Kajian iSeeCars buktikan Toyota tahan sehingga 15 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana orang di dalam dunia ini, iaitu hampir kesemua kereta yang dibuat oleh Toyota sebenarnya boleh dipercayai dan mampu bertahan lama!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh penganalisis pasaran IHS Markit, terhadap bilangan tempoh masa operasi sesebuah kenderaan untuk pasaran Amerika Syarikat. 

Menurut IHS Markit, tempoh purata sesebuah kenderaan mampu beroperasi dengan cemerlang adalah hampir kepada 12 tahun. 

Sebuah lagi kajian yang dibuat oleh iSeeCars mendedahkan senarai 15 buah kenderaan yang paling bertahan untuk tempoh 15 tahun atau lebih, dan seperti yang anda jangkakan, kereta buatan Jepun mendahului senarai, dan ia adalah Toyota!
 


Daripada pasaran Amerika Syarikat yang sangat besar itu, tidak ada satu kereta daripada jenama Uncle Sam tersebut yang berjaya tersenarai di dalam carta kereta paling lama bertahan di bawah jagaan tuannya. 

Menurut CEO iSeeCars, Phong Ly menyifatkan bahawa: "kereta buatan Jepun adalah terkenal dengan kualiti buatan dan kebolehpercayaan yang tinggi di kalangan para pemiliknya, dan ini diterjemahkan menerusi senarai yang dipaparkan."

Berikut merupakan senarai 15 buah kereta yang paling lama bertahan untuk tempoh 15 tahun (atau lebih) beserta peratusan pemilik yang masih setia menggunakan kenderaan tersebut:

1. Toyota Highlander (18.5%)
2. Toyota Prius (16.2%)
3. Toyota Sienna (16.1%)
4. Honda Pilot (15.3%)
5. Toyota Tundra (14.1%)
6. Toyota Sequioa (13.5%)
7. Toyota Tacoma (13.4%)
8. Honda Odyssey (12.6%
9. Honda CR-V (12.4%)
10. Subaru Forester (12.1%)
11. Toyota RAV4 (12.1%)
12. Toyota Camry (11.5%)
13. Acura MDX (11.4%)
14. Toyota 4Runner (11.2%)
15. Toyota Avalon (10.8%)

Anda boleh merujuk kepada pautan kajian iSeeCars di bawah untuk melihat senarai model yang paling lama bertahan mengikut segmentasi kenderaan.

Sumber: iSeeCars