Data itu dikumpul oleh Suruhanjaya Keselamatan Pengguna Amerika Syarikat melalui Sistem Pengawasan Kecederaan Elektronik Kebangsaan (NEISS).
Menurut kajian terbabit, mereka yang menunggang basikal elektrik mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami kecederaan dalaman dan akan dimasukkan ke hospital berbanding dengan pengguna skuter elektrik yang akan mempunyai risiko kecederaan "concussion" atau konkusi (gegaran).
Pengguna basikal elektrik juga mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi untuk mengalami kemalangan dengan pejalan kaki, berbanding dengan pengguna skuter dan basikal tradisional.
"Kami tidak begitu tahu tentang risiko keseluruhan atau kebaikan skuter dan basikal elektrik," jawan DiMaggio di dalam email kepada Reuters.
Kecederaan dari basikal elektrik juga didapati lebih serius, tambah DiMaggio yang juga menjadi pengarah program kajian bahagian trauma dan wad penjagaan rapi untuk pembedahan di NYU Langone Health di New York City.
Dari 245 juta kemalangan yang dilaporkan semasa kajian dilakukan, sebanyak 130,797 kes kemalangan dari skuter elektrik dilaporkan - 5.3 kes untuk setiap 10,000 kes kemalangan di wad kecemasan US.
Ada 3,075 kecederaan akibat basikal elektrik, atau 0.13 kes untuk setiap 10,000.
Ada 9.4 juta kecederaan akibat basikal tradisional, atau 385.4 kes untuk setiap 10,000.
Kecederaan akibat basikal elektrik adalah dari kalangan mereka yang lebih tua, iaitu purata berusia 31.9 tahun berbanding dengan 29.4 tahun untuk pengguna skuter elektrik dan 25.2 tahun untuk basikal tradisional.
Jumlah mangsa yang terbabit di dalam kemalangan basikal elektrik ialah dari kumpulan usia 18-44 tahun dan 45-64 tahun.
Mangsa kecederaan skuter elektrik paling ramai pula ialah dari kumpulan usia sepuluh hingga 14 tahun.
Lelaki adalah mangsa yang paling ramai berbanding perempuan untuk semua kecederaan tersebut - 88.3 peratus untuk kecederaan dari basikal elektrik dan 60 peratus dari skuter elektrik, dan 72.4 peratus untuk basikal tradisional.
Kemalangan dari skuter elektrik pula mempunyai kadar tiga kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kecederaan konkusi dari basikal elektrik, dan juga lebih berisiko untuk kecederaan retak tulang.
Tetapi 17 peratus mangsa basikal elektrik mengalami kecederaan dalaman berbanding dengan 7.5 peratus dari pengguna skuter basikal dan basikal tradisional.
DiMaggio berkata basikal elektrik mampu mencapai kelajuan lebih dari 30 kmsj, dua kali ganda kelajuan yang boleh berpotensi menyebabkan kecederaan serius kerana basikal tradisional mempunyai kelajuan dalam 15 kmsj.
Selain dari kelajuan, kekurangan fasiliti dan infrastruktur untuk basikal di dalam kawasan urban adalah salah satu punca juga.
Anne Lusk, saintis kajian untuk Harvard Chan School of Public Health di Boston berkata informasi yang didapati dari kajian itu boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna basikal dan skuter elektrik, pejalan kaki dan pemandu kereta.
Anne mempunyai pengalaman selama 38 tahun di dalam kajian persekitaran untuk penunggang basikal.
"Perubahan cuaca sudah mencapai tahap kritikal dan antara solusi yang boleh digunakan ialah menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki dan menunggang basikal," ujar Anne.
"Tanpa ada laluan khusus untuk basikal, basikal dan skuter elektrik terpaksa menggunakan laluan pejalan kaki dan jalanraya," terangnya lagi.
DiMaggio juga bersetuju segala informasi dari kajian ini boleh membantu dalam merancang bandaraya, contohnya membina stesen pengecaj untuk basikal dan skuter elektrik, perubahan polisi seperti mewajibkan penggunaan helmet dan inisiatif pendidikan untuk mendidik pengguna akan cara yang selamat bila berbasikal atau menggunakan skuter.
* Laporan dari Reuters