Kajian dapati roda stereng lebih kotor berbanding tandas duduk!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada National Center for Biotechnology Information ini mungkin akan membuatkan anda berfikir panjang mengenai tahap kebersihan kenderaan anda. 

Ini kerana menurut laporan yang diterbitkan, kadar kebersihan kabin kereta merupakan antara tempat paling terkotor di dunia, malah mampu mengalahkan alas tempat duduk di tandas sebagai takhta paling terkotor!

Hasil daripada kajian tersebut turut mendapati roda stereng - tempat di mana tangan selalu berada - adalah empat kali lebih kotor berbanding tandas duduk, dengan unit ukuran CFU (colony-forming unit) sebanyak 629 CFU. 

Secara perbandingan, skrin peranti pintar canggih anda mempunyai bacaan sekitar 100 CFU, manakala butang lif mampu mencapai angka 313 CFU. 

Manakala tandas duduk pula direkodkan hanya mempunyai bacaan sekitar 172 CFU sahaja. 


Hal ini disumbangkan oleh dua jenis bakteria umum yang biasa dijumpai di dalam kereta - Staphylococcus yang mampu menyebabkan keracunan makanan, serta jangkitan pada kulit dan Propionibacterium yang boleh menyebabkan keradangan - di samping 700 lagi spesis bakteria yang hidup di dalam kereta. 

Selain daripada penyakit malas untuk membersihkan ruang kabin dalam kereta, majoriti daripada kita juga sebenarnya gemar menjadikan kereta sebagai tempat makan bergerak dan ini merupakan faktor utama pembiakan bakteria yang wujud di dalam kereta. 

Jadi, dengan info yang mengejutkan ini, masihkah anda berselera untuk makan di belakang roda stereng ketika sedang memandu? 
 

Sumber: SFGate

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
Tidak ketinggalan, mereka juga merupakan pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics. Selain…