Kajian dapati 2⁄3 pemandu UK keliru dengan informasi papan tanda Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Kajian baharu yang dibuat oleh pengeluar dashcam Nextbase mendapati kira-kira 65 peratus daripada pemandu di UK tidak memahami maksud disebalik papan tanda di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Amat mengejutkan kerana 40 peratus daripada 2,000 orang responden yang diterima didapati berpengalaman memandu di luar negara.

Dalam kajian terbaharu itu, para pemandu diberikan ujian untuk mengenal pasti papan tanda di jalan raya Eropah, dan daripada keputusan yang diperoleh, hanya dua daripada lima orang berjaya meneka maksud dengan betul. 

Manakala tiga perempat daripada peserta tidak tahu papan tanda tamat sekatan halaju di Autobahn, dan ramai di antara mereka yang keliru dengan papan tanda halaju nasional di UK. 
 


Ini bermakna, daripada 40 juta rakyat Britain yang memegang lesen penuh, keputusan ujian ini menunjukkan kira-kira 18 juta pemandu tidak memiliki keupayaan untuk memahami maksud papan tanda di negara luar.

Sejumlah 60 peratus daripada peserta yang hadir menyatakan mereka telah memandu sejauh 482 km manakala satu perempat lagi menyatakan mereka telah memandu paling kurang 805 km di luar negara. 

Terdapat segelintir daripada mereka mengaku menghadapi kesukaran ketika memandu di luar negara, terutama ketika berlaku insiden yang tidak diingini. 

Dan dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu, lebih daripada satu pertiga pemandu Britain kerap kali mengalami diskriminasi hanya kerana mereka bukan penduduk tetap di negara yang mereka lawati. 

 


Nextbase dalam hal ini menyarankan penggunaan dashcam sebagai satu kelaziman bagi membantu para pemandu sekiranya berlaku insiden yang diluar jangkaan. 

Ironinya, lebih dua pertiga daripada pemandu di UK masih lagi belum biasa dengan teknologi dashcam itu. 

Sumber: AutoExpress