Kajian AAA: Ramai pemandu tidak arif ciri keselamatan yang ada pada kereta

oleh Mohamad Hanif|
Ujian keselamatan yang semakin ketat kini memaksa pengeluar automotif melengkapkan kenderaan mereka daengan sistem bantuan keselamatan termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) seperti sistem pengawasan titik buta, bantuan pengekalan laluan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, laporan yang dijalankan oleh AAA Foundation for Traffic Safety mendapati tidak ramai pemandu yang faham fungsi di sebalik ciri keselamatan yang ditawarkan oleh kenderaan baharu.

Lebih membingungkan, sesetengah daripada mereka terlalu bergantung kepada sistem tersebut kerana tidak pernah mengambil masa untuk mengkaji had disebalik teknologi yang terpasang pada kereta mereka.

Jadi, situasi ini tidak menghairankan apabila statistik tidak menunjukkan penurunan jumlah kemalangan, sebaliknya ia terus meningkat saban tahun.

Menurut Dr. David Yang, pengarah eksekutif AAA Foundation for Traffic Safety berkata, sistem ADAS apabila digunakan dengan betul mampu untuk menghalang kemungkinan untuk berlaku pelanggaran hampir 40% dan 30% mencegah kes kemalangan maut.

Pun begitu, tambah beliau, kefahaman dan praktikal daripada pemandu adalah diperlukan bagi memastikan sistem bantuan pemanduan tadi benar-benar berkesan ketika berada di atas jalan raya.
 


Berikut merupakan penemuan yang didapati menerusi kajian yang dijalankan untuk kenderaan yang dijual pada tahun 2016-2017:

  • hampir 80% pemandu tidak tahu bahawa sistem pengawasan titik buta mampu mengesan lintasan kenderaan, pejalan kaki dan juga penunggang basikal ketika kelajuan tinggi.
  • hampir 40% tidak faham atau terkeliru antara sistem amaran pelanggaran hadapan dan juga brek kecemasan automatik.
  • mereka percaya sistem amaran pelanggaran hadapan mampu menghentikan kenderaan dengan serta merta, manakala satu daripada enam pemandu tidak tahu kenderaan mereka dilengkapi sistem brek kecemasan automatik
  • satu daripada empat pemandu sangat yakin dengan sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan pejalan kaki belakang tanpa membuat sebarang pemeriksaan visual terlebih dahulu
  • hampir 25% pemandu lebih senang melakukan kerja-kerja lain ketika memandu disebabkan kenderaan mereka telah dilengkapi sistem amaran pelanggaran dan sistem pengesan pejalan kaki.

 Pendekatan daripada para pengedar juga amat diperlukan, menurut kajian AAA lagi.

  • Lebih separuh daripada pemandu yang membuat pembelian kenderaan daripada sebuah pengedar X menyatakan mereka ditawarkan kelas khusus untuk mendalami sistem ADAS, dan hanya 90% daripada angka di atas berjaya melengkapkan kelas tersebut.

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, ia merupakan tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu kata laluan dan kod…
Berita Global
Di luar sana, Honda berazam untuk menjadikan penawaran ciri yang lebih maju (Sensing 360 dan…
Model Terbaharu
Terkini ialah teknologi yang membolehkan kenderaan itu sendiri membantu pemandu untuk mengawal…