Kaji selidik: PLUS minta maklum balas pengguna

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta maklum balas bagi membantu pengguna lebuh raya menambah baik pengalamanan pelaksanaan sistem pembayaran transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).


Menerusi laman rasmi Facebooknya, satu soal selidik dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menambaik perkhidmatan sistem teknologi yang dilaksanakan di Lebuh Raya Utara-Selatan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kami mendengar keluhan anda dan ingin mendapatkan pandangan anda untuk mengenal pasti ketidaksempurnaan perkhidmatan kami. 

 

“Ia dapat membantu menambah baik perkhidmatan kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Maklum balas dan kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu, semalam.

 

"Kongsikan pandangan anda sekarang https://www.surveymonkey.com/r/Q6YWLLJ"

 

PLUS sebelum ini mengumumkan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 10 malam, Sabtu lepas. 

 

Sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID diperluas bagi menjanjikan satu perjalanan yang senang, selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya. 

 

Bagaimanapun, pergerakan ribuan kenderaan di beberapa Plaza Tol Lebuh Raya Utara-Selatan terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di kedua-dua hala apabila sistem teknologi RFID itu dipercayai tidak berfungsi dengan baik.

 

 

- setiap insan mempunyai pandangan tersendiri, pastikan anda memberi pandangan dan kritikan membina supaya seluruh rakyat dapat menikmati kemudahan kemudian hari dan bukan setakat bijak mengkritik tetapi tiada memberi jalan penyelesaian - 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…