Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak Sazally Saidi berkata, kajian yang dijalankan itu turut bertujuan menentukan hubungkait pengalaman pengguna lebuhraya dengan Petunjuk Pretasi Utama (KPI) syarikat.
Menurutnya, elemen itu sangat penting dan signifikan dalam usaha syarikat mendepani harapan pengguna lebuh raya.
"Kumpulan Litrak amat menghargai masa dan kerjasama semua terutamanya pengguna lebuh raya dalam memberi pandangan dan mengisi kaji selidik ini.
"Pengguna yang sudah melengkapkan kaji selidik berpeluang untuk menerima kad digital Grab Food bernilai RM10 terhad kepada jumlah kad yang diperuntukkan," katanya.
Orang ramai yang ingin menyertai kaji selidik boleh melayari laman web www.litrak.com.my atau https://www.surveymonkey.com/r/QNKPZJ9 mulai hari ini hingga 31 Mac dan mengikuti panduan serta soalan yang diberikan.